Klik, muat turun brosur laporan pelaksanaan Qurban Kasih Ummah 1432H (p1)
Klik, muat turun brosur laporan pelaksanaan Qurban Kasih Ummah 1432H (p2)
Assalamualaikum,
Saudara & saudari yang dirahmati Allah sekalian,
Alhamdulillah, program aqiqah telah dilaksanakan pada;-
LAPORAN PELAKSANAAN AQIQAH KAMBING DI SELATAN THAILAND – 2012/1433H
Tempat :
Pusat Anak Yatim Bendang Bujur Yala
Anak Yatim Miskin Sekolah Al Quran Ruhaniah
Masjid Raudhatul Naim Narahiwat
Sekolah Rendah Islam Tahfiz Kota Bharu Yala
Masjid Kampung Selah Narathiwat
Sekolah Quran Sebayoi Songkla
Masjid Kampung Yakang Narathiwat
Tarikh :
25 Mac 2012 dan 15 April 2012
Dilaksanakan oleh :
The Foundation for Quranic Education dan World Assembly Youth (WAMY) Thailand
Pelaksanaan :
Penyembelihan kambing aqiqah, aktiviti memasak dan menjamu anak-anak yatim miskin dan guru-guru Al Quran.
Bilangan :
9 Ekor Kambing
Peserta :
1. Nurliyana Safiah Faizal (1 ekor kambing)
2. Nurdamia Sabrina Faizal (1 ekor kambing)
3. Muhammad Faris Faizal (2 ekor kambing)
4. Muhammad Qayyim (2 ekor kambing)
5. Muhammad Irfan Aqil Mohammad Aswal (2 ekor kambing)
6. Nur Damia Irdina Mohammad Erwan (1 ekor kambing)
Bilangan penerima aqiqah :
Hampir 350 – 450 orang mendapat manfaat melalui program aqiqah ini.
Kriteria penerima :
Anak yatim, faqir miskin dan keluarga yang memerlukan
Maklumbalas penduduk tempatan:
Sangat gembira dan berterima kasih kepada Pertubuhan IKRAM dan Yayasan Pendidikan Al Quran yang membantu sumbangan daging aqiqah kepada anak yatim yang memerlukan.
Testimonial:
Bagi pihak pengurus Pusat Anak Yatim Abu Hurairah (Narathiwat) dan Pusat Anak Yatim (Bendang Bujur Yala) Sekolah Al Quran Songkla banyak mengucapkan terima kasih dan mendoakan kepada Allah semoga memberkati dan curahkan rezeki yang sentiasa kepada penderma. Amiin.
Impak program kepada penduduk setempat:
Sumbangan pelaksanaan aqiqah kali ini banyak menggembirakaan anak yatim miskin melalui sumbangan daging aqiqah serta dapat menjayakan banyak program pengajian Al Quran di sekitar Yala, Pattani, Narathiwat dan Songkla yang memerlukan bantuan.
Dikepilkan bersama gambar pelaksanaan aqiqah di Selatan Thailand.
Klik, lihat gambar seterusnya.. photobucket.
Laporan disediakan oleh:
Ustaz Muhammad Ismail
Pengerusi
The Foundation for Quranic Education.
Sumber: Liputan berita TV Al Hijrah pada 20 November 2011 jam 8.00 malam
Sumber: Liputan berita TV Al Hijrah pada 10 November 2011 jam 8.00 malam
Sumber: Liputan berita TV Al Hijrah pada 06 Oktober 2011 jam 8.00 malam
Kenyataan Akhbar – 23 November 2011
Ucapan Terima Kasih Pasca Qurban Kasih Ummah 2011/1432H
IKRAM | JIM | KIMB

1. Pihak IKRAM, JIM dan KIMB mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menyertai program Qurban Kasih Ummah 1432H yang kami anjurkan.
2. Kami merasa sangat terharu dan berbesar hati dengan sambutan yang luarbiasa dari rakyat Malaysia terhadap program ini sehingga kutipan RM1 Juta yang kami sasarkan berjaya dicapai. Ini menunjukkan rakyat Malaysia khususnya umat Islam sangat prihatin akan nasib umat Islam yang lebih memerlukan terutama yang miskin, ditindas, berjuang dan sangat-sangat memerlukan di luar negara terutamanya dan juga di dalam negara.
3. Pihak kami juga sangat terharu dan berbesar hati dengan sambutan khusus terhadap qurban di Palestin yang mana pihak kami dengan kerjasama Aqsa Syarif telah mengumpulkan 28 ekor lembu dari kalangan peserta untuk dilaksanakan di sana. Walaupun ini pertama kali kami melaksanakan qurban khusus di Palestin dengan harga lembu yang hampir mencecah RM10,000 seekor.
4. Eidil Adha telah pun berlalu. IKRAM, JIM dan KIMB telah menjadi jambatan antara peserta qurban dengan mereka yang memerlukan bantuan. Ibadah qurban dan aqiqah tuan/puan telah kami laksanakan dengan jayanya. Kini kami sedang menunggu laporan dari NGO pelaksana, ada yang kami telah terima. Rumusan laporan perlaksanaan akan dicetak dan diedarkan bersama sijil penyertaan kepada semua peserta.
5. Pada tahun ini juga kami menghantar wakil ke tiga buah negara jiran untuk melihat sendiri perlaksanaan qurban dijalankan. Wakil wakil yang dihantar ialah Saudara Wan Mohd Zukri dan Saudara Mohd Iqbal Hakim ke Kemboja, Saudara Abdul Hafidz Hashim ke Ho Chin Ming City Vietnam dan Pengarah sendiri serta Saudari Junainah Tolani ke Selatan Thai dan Bangkok. Tidak lupa juga buat julung kalinya kami membawa bersama dua orang wakil TV Al Hijrah dan dua orang wakil akhbar Sinar Harian dalam rombongan ke Thailand. Laporan berita telah pun disiarkan oleh kedua-dua media tersebut. Semua laporan dan berita boleh didapati dengan melayari laman web kami www.ramadhan-qurban.org.
6. Harapan kami, tuan puan akan terus bersama kami dalam Qurban Kasih Ummah ditahun-tahun akan datang insyaAllah. Bagi mereka yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan projek ini, kami juga amat berterima kasih atas sumbangan tenaga, masa dan wang ringgit. Semoga Allah menerima segala usaha kita sebagai sebahagian amal saleh untuk bekalan di akhirat kelak. Segala kekurangan dari kami, kami mohon berjutaan maaf.
Pelaburan akhirat usah ditangguh.
Oleh
Tuan Yaacob Tuan Sof
Pengarah Program Qurban Kasih Ummah 1432H
Assalamualaikum.
Saudara dan saudari yang dirahmati Allah sekalian,
InsyaAllah, Jawatankuasa Pelaksana Qurban Kasih Ummah 1432H akan mengadakan satu sidang media pasca Qurban Kasih Ummah 1432H pada;
Tarikh : 23 November 2011 (Rabu)
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Pusat Komuniti, Kompleks Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
Objektif :
1. Sidang Media Ucapan Terima Kasih kepada rakyat Malaysia yang telah melaksanakan Qurban dgn QKU 1432H dan juga ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah menyumbang melalui Tabung Kasih Ummah untuk mangsa banjir di Selatan Thailand dalam agihan fasa 1 ketika Eiduladha.
2. Meraikan seluruh warga kerja IKRAM, JIM, KIMB, Sinar Harian dan TV Al Hijrah yg telah bersama menjayakan QKU 1432H.
3. Penyerahan secara rasmi seluruh dokumen-dokumen liputan berita di Sinar Harian dan TV Al Hijrah sepanjang program QKU 1432H.
4. Pengisytiharan pemenang Pertandingan Video Qurban Kasih Ummah 1432H
5. Majlis Jamuan Keraian
Anjuran : Pertubuhan IKRAM Malaysia, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB)
Disertakan aturcara majlis;
PASCA QURBAN KASIH UMMAH 1432H (2011)
Pusat Komuniti, Kompleks JIM
23 November 2011 bersamaan 27 Zulhijjah 1432H
11.00 pagi: Kehadiran jemputan /media
11.15 pagi: Ucapan aluan
11.30 pagi: Kenyataan media
11.50 pagi: Soal jawab
12.00 tengahari: Bersurai
Mari kita bersama memanfaatkan media dengan sebaik mungkin dalam mengembangkan kerja-kerja Islah dan dakwah.
Mohon doakan majlis berjalan lancar.
Jazakumullahu khairan katheera di atas perhatian yang diberikan.
Sekian, wassalam.
Sila layari: www.ramadhan-qurban.org
Sumber: IKRAM.org.my
Thailand: Kasih disubur, bot diluncur, bantuan dihulur

BANGKOK – Prihatin dengan nasib umat Islam yang dilanda banjir, Qurban Kasih Ummah telah melaksanakan korban 27 ekor lembu dan 20 ekor kambing pada pagi Aidiladha 1432H di perkarangan ibu pejabat World Assembly of Muslim Youth (WAMY) Thailand di sini.
Program korban ini dijayakan dengan usahasama Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Yayasan Pendidikan al-Quran Thailand, WAMY Thailand, Pertubuhan Kebajikan Pattani dan Islamic Relief Malaysia (IRM).Selain korban, Nusantara Islah Centre of Excellence (NICE) turut menyalurkan sumbangan sebanyak RM21,000 melalui pelancaran Tabung Kasih Ummah untuk membantu umat Islam di Thailand.

Turut hadir ke program ini adalah Pengarah Qurban Kasih Ummah sendiri, Hj Tuan Yaacob Tuan Sof dan Presiden Yayasan Pendidikan al-Quran Thailand, Ustaz Muhammad Ismail. Menurut Tuan Yaacob, sumbangan korban untuk Thailand adalah paling banyak tahun ini berbanding 16 negara lain kerana kedaifan umat Islam di sini ditambah dengan keadaan banjir.
Program ini dijalankan secara bergotong-royong di mana para sukarelawan WAMY membantu kerja-kerja melapah lembu dan sukarelawan yang terdiri dari para ibu turut membantu memotong dan membungkus daging lembu. Tempat korban juga dibersihkan setelah kerja lapahan selesai.

Daging lembu qurban yang siap dibungkus untuk diagihkan ke beberapa kawasan di Bangkok. Setiap darinya ada 2 kg dan 5 kg setiap pek. Pada sebelah malam, sumbangan diagihkan ke wilayah Tha’it. Rumah-rumah di wilayah ini telah ditenggelami air hampir dua bulan yang lalu.
Semasa agihan melalui Thait menggunakan bot, konvoi bantuan Qurban Kasih Ummah turut tersentuh hati ini melihat seorang anak berakit menggunakan tong air untuk mengambil ibunya di rumah pada malam hari di mana si anak memujuk ibunya supaya berpindah ke tempat yang lebih selamat. Mereka mengharungi ujian Allah ini dengan begitu tabah.

Sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin ini telah disampaikan kepada 800 keluarga di wilayah Tha’it. Sumbangan berbentuk makanan kering dan daging korban. Kandungan makanan kering yang diagihkan adalah beras, sardin, minyak masak, mi segera, air mineral dan air kordial. Keesokannya, konvoi bantuan memasuki wilayah Pathumthani untuk mengagihkan sumbangan.
Selain Bangkok, program korban turut dilaksanakan di wilayah Narathiwat pada Selasa 8 November. Proses penyembelihan 23 ekor lembu, memotong dan melapah dagingnya dikendalikan oleh belia kampung di sana. Proses menimbang daging lembu pula dilakukan oleh golongan para ibu di kampung tersebut. Pengagihan daging lembu disalurkan kepada penerima yang terdiri dari anak yatim, fakir miskin serta saudara baru.

Pada tahun ini, Qurban Kasih Ummah telah mengadakan korban di 17 buah negara. Pihak sekretariat turut mengadakan Ziarah Kasih Ummah ke tiga negara iaitu Thailand, Kemboja dan Vietnam untuk memantau dan menyaksikan pelaksanaan korban di sana.